Sunday, January 24, 2010

URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG

URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG44, GRED DG48, GRED DG52, GRED DG54 DAN GRED KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. bagi pemohon Guru Cemerlang PPPS Gred DG44(KUP)
(i) Tempoh perkhidmatan tidak kurang dari 5 tahun pada 01.01.2010 dalam gred DG41 (lantikan pada atau sebelum 02.01.2005)
(ii) Mata pelajaran kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.
(iii) Mengajar mata pelajaran kepakaran selama 3 tahun terakhir berturut-turut.


URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA32 DAN GRED DGA38 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. bagi pemohon Guru Cemerlang PPPLD Gred DGA32(KUP)
(i) Tempoh perkhidmatan tidak kurang dari 5 tahun pada 01.01.2009 dalam gred DGA29 (dilantik pada atau sebelum 02 Januari 2005).
(ii) Mata pelajaran kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.
(iii) Mengajar mata pelajaran kepakaran selama 3 tahun terakhir berturut-turut.

Friday, January 22, 2010

Isi kandungan mesyuarat AJk PIBG 13 Januari 2010.

1. Bayaran guru kepada PIBG – RM15
2. Troli-tempat letak PA system – cadangan letak di bilik rawatan.
3. Pondok bacaan:
- Hafiz bincang dengan Pn. Julaili. Budget RM 7300.
- Buat laluan ke pondok bacaan-lebarkan sedikit laluan.
4. Mesyuarat PIBG yang seterusnya akan membincangkan tentang usul. Tarikh belum
ditentukan lagi.
5. LCD slideshow berkaitan dengan aktiviti sepanjang tahun 2009. Di pamerkan semasa
mesyuarat agung PIBG.
6. Pentas di Dewan Terbuka – memasang langsir atau bidai berwarna gelap.
7. Meletakkan pengawal di pintu pagar untuk mengelakkan kemasukan orang luar –
cadangan dari pihak ibu bapa. Tidak dapat dilaksanakan kerana memerlukan kos yang
tinggi.
8. Kurangkan laluan masuk menggunakan pintu pagar C (Apartment Dahlia).
- Mencadangkan meletakkan tarikh beserta notis penutupan selama 1 bulan.
- Buat edaran, pintu pagar mana yang boleh digunakan oleh pihak ibu bapa.
- Pintu pagar belakang kantin – besarkan lagi saiz.
*Ada gangguan dari pihak peniaga, tetapkan hanya untuk van dan bas sekolah
sahaja.
- Kempen “drop and drive” kepada pihak ibu bapa.
- Jalan sehala hanya untuk waktu sekolah sahaja.
*3 masa puncak - pagi , tengahari dan petang.
9. Bumbung kelas bocor dan bumbung bilik guru meleding.
10. Guru-guru setuju untuk tidak membina parking kereta.
11. Tandas murid diubah daripada auto kepada manual. Bajet yang diperuntukkan adalah
sebanyak RM2000.
12. Teakwando :-
· Akan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan.
· Akan dibuat perjanjian yang baru untuk tahun 2010.
· Cuba untuk menggunakan satu kelab sahaja.
· Akan diadakan hanya pada hari Sabtu jam 1ptg-3ptg.
· Syarat-syarat yang dikenakan kepada kelab teakwando:-
o Senarai bayaran
o Caj yang dikenakan
o Penggunaan sekiranya perlu
o Yuran tahunan (hanya bayar yuran pendaftaran sahaja)
13. Buletin sekolah - terbit minggu ke-3 oleh Puan Zulastri dan tambahkan ruangan untuk
Kalam PIBG.
14. Kempen budi bahasa – akan dilancarkan pada Mesyuarat Agung kali ke-6 2010.
Perbelanjaan yang diperuntukkan adalah sebanyak RM500 (banting dan banner).